Tuesday, January 14, 2014

Cinta pada Rasullah SAW : Pilihan atau ikutan



Hidup adalah seni membuat pilihan
Apakah itu pilihan? Pilihan adalah sesuatu yang pasti dilakukan oleh setiap manusia. Kerana ia akan membawa kepada tujuan hidup. Jika pilihan itu tepat maka pasti hadiahnya adalah kebaikan. Jika pilihan kita tersasar maka akibatnya adalah keburukan.

Jesteru didalam membuat pilihan, ia harus ada seni iaitu Ketelitian dan kecekapan didalam membuat sebarang pilihan. Lihat sahaja contoh pilihan yang telah dibuat oleh nabi Allah Sulaiman Alaihisalam. Ketika mana diberikan pilihan sama ada tahta, harta, atau ilmu baginda memilih ilmu. Dan akhirnya nabi Sulaiman Berjaya mendapatkan harta dan tahta dengan ilmu.

Begitu juga dengan pilihan yang dibuat oleh Rasullah SAW ketika baginda diberi pilihan, sama ada harta, tahta atau wanita? Baginda menolak kesemuanya dan memilih Islam.
Mengapakah baginda menolak semua itu?
Kerana baginda BUKAN inginkan cinta manusia tetapi baginda MENCINTAI manusia
Kerana baginda INGINkan cinta ALLAH dan MENCINTAI  ALLAH.

ADA APA DENGAN CINTA?

Cinta adalah sesuatu yang penting dan ia dibuktikan didalam Alquran. Lebih dari 70 kali Allah mengungkapkan perkataan cinta. Bayangkan sekali ungkapan ayat Allah pun sudah penting, apalagi 70 kali.

Mengapakah cinta itu penting? Kerana cinta itu adalah soal hati. Kerana cara penting untuk menjadi MANUSIA  adalah dengan meletakkan “Heart-ware” didalam hati. Kerana itu, hati harus dijaga dan di ‘install’ dengan perisian yang baik. Sesuai dengan sabda Baginda Nabi SAW :

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."

(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

Cinta itu tidak memerlukan ruang atau masa. Cinta itu sentiasa ada dan tidak lapuk ditelan zaman. Cinta itu juga sifatnya buta. Kalau tidak dipandu dengan ilmu maka pasti manusia akan menjadi hamba kepada cinta.Oleh itu cinta yang sempurna adalah cinta pada Pencipta iaitu Allah SWT. Jadi cinta Allah yang paling utama. Cinta inilah TUJUAN kita. Jika ditanya bagaimana hendak mendapatkannya? Maka cinta Rasullah SAW terhadap Allah itulah JALANnya. Sesuai dengan firman Allah SAW :-
3:31

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi (menyintai) Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [ Ali ‘ Imran:31]

Disebabkan cinta Allah itu tujuan, maka cinta Rasullah SAW itulah jalan. Sebab itu kita bawa Rasullah dalam hidup. Kita ikut sunnah baginda.Berselawat keatas baginda dan berusaha memancarkan akhlak baginda.

 Kerana ini adalah pilihan kita!


“Allahumma Solliy’ala sayiddina Muhammad waala ‘ali Muhammad.”