"Orang yang tahu belum tentu dia sedar. Tapi orang yang sedar, Insha Allah dia tahu."
Inilah ungkapan hukama bijak pandai.
Kita sepatutnya tahu apa yang kita lakukan, apakah jenis kesedaran yang ada pada kita setakat ini?
1. Kesedaran haiwan
Didalam kesedaran ini apa yang difikirkan adalah, cukup atau tidak makan, pakai, anak isteri, dan segala perkara yang dilakukan bersifat "self-centered". selalu memikirkan tentang keuntungan dan sanggup melakukan apa sahaja jika apa yang diimpikan tidak dicapai. Akhirnya kesedaran ini menghasilkan individualistik.
2. Kesedaran orang ramai.
Orang yang berada dalam keadaan ini sangat memikirkan apa kata orang ramai. Baginya orang ramai yang mencorakan segara perkara yang berlaku dalam diri beliau. Kehidupan nya penuh dengan menyalahkan orang lain. Kesedaran jenis ini selalu meletakkan diri menjadi mangsa keadaan.
3. Kesedaran tentang keunikan diri.
Mengetahui bahawa semua insan itu tidak sama. Setiap individu mempunyai sifat dan karekter yang berbeza. Lihat sahaja pada cap jari. Ini merupakan bukti yang Allah ingin memberitahu hambanya bahawa setiap insan itu berlainan.
4. Kesedaran nikmat yang Allah beri.
Amat bersyukur dan sentiasa menghargai setiap apa yang mereka dapati. Jika ada masa, pastinya di manfaatkan. Kesedaran ini meletakkan mula meletakkan shariah sebagai perkara yang dijunjung tinggi. Jika ada nikmat di syukuri manakala jika tidak, apa sahaja yang ada dirasakan mencukupi.
5. Kesedaran sebagai hamba Allah.
Di tahap ini, ia sangat jelas dengan tujuan hidup. Sentiasa hidup dengan visi Akhirat. Golongan ini mempunyai cita-cita yang sangai jelas dan bermati-matian mengapainya. Dengan ini, mereka selalu meletakkan pandangan Allah sebagai sesuatu yang sangat besar. Ia akan mencorakan keindahan islam. Jika Solat, ia akan melakukannya dengan penuh khusyuk dan membentuk ia menjadi orang yang berdisiplin. Zakat dilakukan diatas dengan penuh empati begitu juga dengan sedekah.
Sama-sama lah kita sentiasa meningkatkan kesedaran diri kita agar kita sentiasa dilindung dengan rahmat dan baraqah darinya.