STRESS
Stress adalah suatu perkara yang tidak dapat diukur secara
numerical dan empirical. Akan tetapi Greater Good Science yang ditubuhkan oleh Dacher
Keltner, menyebabkan Sains berjaya mengukur dan menemui saraf yang mengawal
perasaan dan tahap ketenangan manusia seterusnya mengetahui punca stress.
GREATER GOOD SCIENCE
Dacher Keltner, seorang saintis pengasas Greater Good
Science dengan kajiannya di University of California menemui satu saraf yang
berkait rapat dengan stress. Saraf ini dikenali juga sebagai saraf vagus.
SARAF VAGUS
Saraf vagus adalah saraf yang bertangungjawab mengeluarkan
hormon endorphin, oxytocin dan dopamine (feel good hormone).Bermula dari bank
saraf (otak) menjalar ke saraf tekak yang membawa fungsi peti suara (vocal) dan seterusnya
menjalar ke setiap sistem utama badan seperti jantung, pernafasan, perkumuhan
dan pencernaaan. Dengan itu 70% hormone yang di hasilkan adalah disebabkan oleh
ransangan yang datang dari saraf vagus. Hasilnya, Saraf Vagus akan memberikan
ketenangan, kesihatan dan tenaga positif.
|
Saraf Vagus |
BAGAIMANA MERANGSANG SARAF VAGUS
Saraf vagus boleh dirangsang melalui pelbagai cara sama ada
secara artificial mahupun natural.
|
Empati yang wujud merangsang Saraf Vagus |
Natural.
Setiap kali melihat berdepan dengan situasi yang menunjukkan tentang kesengsaraan, seperti kemalangan, mangsa perang, bencana alam, apa perasaan yang akan muncul dari dalam
sanubari kita? Pasti perasaan kesian, empati dan sedih membuak-buak bangun dari dalam diri
kita. Klimaksnya adalah ketika kita meninggalkan urusan kita dan terus membantu tanpa mengharap balasan. Ketika itu Saraf Vagus dirangsang dan akhirnya kita berasa puas dan tenang apabila mereka dibantu.
Bernafas.
Bernafas juga berupaya untuk merangsang Saraf Vagus. Dengan
mengunakan deep breathing iaitu
menarik nafas sedalam-dalam sehingga memgempiskan perut dan menegangkan muscle diaphagrm yang terletak di bahagian paling hujung didalam sistem
pernafasan. Biasakan diri melepaskan nafas lebih lama dari menarik untuk merangsang
Saraf Vagus.
Artificial.
Satu device yang dicipta oleh Cyberonics. Bahan yang harus
di implant didalam badan untuk memberikan satu electrical impulse kepada Saraf
Vagus. Ia digunakan oleh pesakit epilapsi dan sawan sebagai satu terapi dengan
kos sebanyak 20000 Dollar. Ketika electrical impulse diberikan pesakit akan
merasai kesannya dengan nada suara akan mula menurun, tekak gatal dan
memberikan pesakit terapi dan kelegaan (feel good).
Akan tetapi Islam itu Indah. Tak perlulah kita berbelanja untuk alatan. Setiap ibadah yang kita lakukan ikhlas untuk Allah cukup memberikan kita ketenangan.
Subhanallah
Teringat sabda Rasullah SAW
Di"riwayat
daripada Abu Hurairah r.a. bahawa seorang lelaki meminta nasihat daripada Nabi
s.a.w. katanya, "Berilah wasiat kepadaku." Sabda s.a.w ,'Janganlah
engkau marah.' Lelaki itu mengulangi (permintaannya) beberapa kali. Rasulullah
s.a.w. tetap bersabda, "Janganlah engkau marah.
Marah bukan sahaja meningkatkan heart rate, tetapi mengurangkan rembesan feel good hormone sekaligus melemahkan rangsangan terhadap vagus nerve. Hari ini untuk menahan marah, kita perlu menarik nafas sedalam-dalam agar saraf vagus boleh merangsang pengeluaran Oxytocin dan Dopamin. Selain dari itu, alternatif seperti Membaca Alquran dengan tartil, berwuduk dan Solat merupakan aktiviti yang memerlukan pernafasan dalaman dan pastinya merangsang Saraf Vagus.
"
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra. daripada Rasulullah saw., Baginda
bersabda: “Sesiapa yang meringankan
daripada seorang mukmin satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan meringankan daripadanya satu
kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Hari Kiamat. Sesiapa yang memudahkan
kepada orang yang kesempitan, Allah akan memudahkan kepadanya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup (aurat atau keaiban) seorang muslim,
Allah akan menutup (aurat dan keaiban)nya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa
menolong seseorang hamba selama mana hamba itu menolong saudaranya. Sesiapa
yang melalui satu jalan untuk mencari ilmu, Allah akan memudahkan baginya satu
jalan ke syurga. Sesuatu kaum (kelompok manusia) tidaklah berkumpul di satu
rumah (masjid) daripada rumah-rumah Allah, sambil membaca Al-Quran, saling
memperbetulkan bacaan dan memahami kandungannya, kecuali as-Sakinah (satu
makhluk Allah Ta’ala yang padanya terdapat rahmat dan ketenangan, serta
ditemani oleh para malaikat) akan turun kepada mereka dan mereka diselubungi
oleh rahmat. Mereka juga dilinkungi oleh para malaikat, serta disebut dan
dipuji oleh Allah di kalanagan (para malaikat) yang ada di sisi-Nya. Sesiapa
yang diperlahankan oleh amalannya (kerana amalannya sedikit), dia tidak akan
dipercepatkan oleh keturunannya (keturunannya tidak akan mengangkat
darjatnya)."(Hadis Riwayat Muslim)
Jadi bagaimana hendak mencapai ketenangan? tenangkan orang lain.
Reference
1. Born to be good, Dacher Keltner
3. Wikipedia