Wednesday, December 4, 2013

Sedarkah kita?

"Orang yang tahu belum tentu dia sedar. Tapi orang yang sedar, Insha Allah dia tahu."

Inilah ungkapan hukama bijak pandai. 

Kita sepatutnya tahu apa yang kita lakukan, apakah jenis kesedaran yang ada pada kita setakat ini?

1. Kesedaran haiwan

Didalam kesedaran ini apa yang difikirkan adalah, cukup atau tidak makan, pakai, anak isteri, dan segala perkara yang dilakukan bersifat "self-centered". selalu memikirkan tentang keuntungan dan sanggup melakukan apa sahaja jika apa yang diimpikan tidak dicapai. Akhirnya kesedaran ini menghasilkan individualistik.

2. Kesedaran orang ramai.

Orang yang berada dalam keadaan ini sangat memikirkan apa kata orang ramai. Baginya orang ramai yang mencorakan segara perkara yang berlaku dalam diri beliau. Kehidupan nya penuh dengan menyalahkan orang lain. Kesedaran jenis ini selalu meletakkan diri menjadi mangsa keadaan.

3. Kesedaran tentang keunikan diri.

Mengetahui bahawa semua insan itu tidak sama. Setiap individu mempunyai sifat dan karekter yang berbeza. Lihat sahaja pada cap jari. Ini merupakan bukti yang Allah ingin memberitahu hambanya bahawa setiap insan itu berlainan. 

4. Kesedaran nikmat yang Allah beri.

Amat bersyukur dan sentiasa menghargai setiap apa yang mereka dapati. Jika ada masa, pastinya di manfaatkan. Kesedaran ini meletakkan mula meletakkan shariah sebagai perkara yang dijunjung tinggi. Jika ada nikmat di syukuri manakala jika tidak, apa sahaja yang ada dirasakan mencukupi.

5. Kesedaran sebagai hamba Allah.

Di tahap ini, ia sangat jelas dengan tujuan hidup. Sentiasa hidup dengan visi Akhirat. Golongan ini mempunyai cita-cita yang sangai jelas dan bermati-matian mengapainya. Dengan ini, mereka selalu meletakkan pandangan Allah sebagai sesuatu yang sangat besar. Ia akan mencorakan keindahan islam. Jika Solat, ia akan melakukannya dengan penuh khusyuk dan membentuk ia menjadi orang yang berdisiplin. Zakat dilakukan diatas dengan penuh empati begitu juga dengan sedekah.

Sama-sama lah kita sentiasa meningkatkan kesedaran diri kita agar kita sentiasa dilindung dengan rahmat dan baraqah darinya.

Monday, October 21, 2013

Baraqah in Allah Names.



I was overwhelmed with Brother Nourman Ali Khan (NAK) lecture on Surah Ar Rahman. Thus below is certain things that is extracted from the lecture regarding the word Ar Rahman

Introduction
In the last of this surah, it says that the NAME of Allah has its own baraqah as describe below
55:78           "Baraqah is in the name of your Lord, Owner of Majesty and Honor"

It is amazing because in this surah, the name of Allah that which is mention is beginning of Surah Ar- Rahman is :
55:1
Ar - Rahman

in other word, the name Ar -Rahman its self is full with Baqarah.

The word Baraqah lies in Ar-Rahman can be describe into :

1) Something that will always move, increase and the increment will denies logic
According to 3rd newton law, every action may result the same magnitude for the reaction. But miraculously, this law does not work for The Creator of the universe.

as the matter a fact that, every good deed that we done, Allah will reward us with somethings that it will keep on increase, grows out of our common sense, logic and expectation.

2) Stable.

Imagine as we play legos. We are trying the connect all the block with the highest height as possible. What will happen?

we knew that as the height increase, it shall move further away from gravity and become unstable.

Thats not gonna happen in the things that had Baraqah in it. The more it increase, the more stability it archive. The good deeds that we did in other word will keep on increase and it will neither fall nor disappear.

Conclusion

Always start every good things with the name of Allah. In whatever situations, remember to say

Bismillah hir Rahman nir Rahim
  
because we never knew the good reaction that we got from every action.

Reference

2) Quran.com

Sunday, October 20, 2013

Saraf Vagus (Vagus Nerve)

STRESS
Stress adalah suatu perkara yang tidak dapat diukur secara numerical dan empirical. Akan tetapi Greater Good Science yang ditubuhkan oleh Dacher Keltner, menyebabkan Sains berjaya mengukur dan menemui saraf yang mengawal perasaan dan tahap ketenangan manusia seterusnya mengetahui punca stress.

GREATER GOOD SCIENCE
Dacher Keltner, seorang saintis pengasas Greater Good Science dengan kajiannya di University of California menemui satu saraf yang berkait rapat dengan stress. Saraf ini dikenali juga sebagai saraf vagus.

SARAF VAGUS
Saraf vagus adalah saraf yang bertangungjawab mengeluarkan hormon endorphin, oxytocin dan dopamine (feel good hormone).Bermula dari bank saraf (otak) menjalar ke saraf tekak yang membawa fungsi peti suara (vocal) dan seterusnya menjalar ke setiap sistem utama badan seperti jantung, pernafasan, perkumuhan dan pencernaaan. Dengan itu 70% hormone yang di hasilkan adalah disebabkan oleh ransangan yang datang dari saraf vagus. Hasilnya, Saraf Vagus akan memberikan ketenangan, kesihatan dan tenaga positif.

Saraf Vagus

BAGAIMANA MERANGSANG SARAF VAGUS
Saraf vagus boleh dirangsang melalui pelbagai cara sama ada secara artificial mahupun natural.
Empati yang wujud merangsang Saraf Vagus
Natural.
Setiap kali melihat berdepan dengan situasi yang menunjukkan tentang kesengsaraan, seperti kemalangan, mangsa perang, bencana alam, apa perasaan yang akan muncul dari dalam sanubari kita? Pasti perasaan kesian, empati dan sedih membuak-buak bangun dari dalam diri kita. Klimaksnya adalah ketika kita meninggalkan urusan kita dan terus membantu tanpa mengharap balasan. Ketika itu Saraf Vagus dirangsang dan akhirnya kita berasa puas dan tenang apabila mereka dibantu. 

Bernafas.
Bernafas juga berupaya untuk merangsang Saraf Vagus. Dengan mengunakan deep breathing iaitu menarik nafas sedalam-dalam sehingga memgempiskan perut dan menegangkan muscle diaphagrm yang terletak di bahagian paling hujung didalam sistem pernafasan. Biasakan diri melepaskan nafas lebih lama dari menarik untuk merangsang Saraf Vagus.

Artificial.
Satu device yang dicipta oleh Cyberonics. Bahan yang harus di implant didalam badan untuk memberikan satu electrical impulse kepada Saraf Vagus. Ia digunakan oleh pesakit epilapsi dan sawan sebagai satu terapi dengan kos sebanyak 20000 Dollar. Ketika electrical impulse diberikan pesakit akan merasai kesannya dengan nada suara akan mula menurun, tekak gatal dan memberikan pesakit terapi dan kelegaan (feel good).

Akan tetapi Islam itu Indah. Tak perlulah kita berbelanja untuk alatan. Setiap ibadah yang kita lakukan ikhlas untuk Allah  cukup memberikan kita ketenangan.

Subhanallah

Teringat sabda Rasullah SAW 

Di"riwayat daripada Abu Hurairah r.a. bahawa seorang lelaki meminta nasihat daripada Nabi s.a.w. katanya, "Berilah wasiat kepadaku." Sabda s.a.w ,'Janganlah engkau marah.' Lelaki itu mengulangi (permintaannya) beberapa kali. Rasulullah s.a.w. tetap bersabda, "Janganlah engkau marah.

Marah bukan sahaja meningkatkan heart rate, tetapi mengurangkan rembesan feel good hormone sekaligus melemahkan rangsangan terhadap vagus nerve. Hari ini untuk menahan marah, kita perlu menarik nafas sedalam-dalam agar saraf vagus boleh merangsang pengeluaran Oxytocin dan Dopamin. Selain dari itu, alternatif seperti Membaca Alquran dengan tartil, berwuduk dan Solat merupakan aktiviti yang memerlukan pernafasan dalaman dan pastinya merangsang Saraf Vagus.


" Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra. daripada Rasulullah saw., Baginda bersabda: “Sesiapa yang meringankan daripada seorang mukmin satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan meringankan daripadanya satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Hari Kiamat. Sesiapa yang memudahkan kepada orang yang kesempitan, Allah akan memudahkan kepadanya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup (aurat atau keaiban) seorang muslim, Allah akan menutup (aurat dan keaiban)nya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama mana hamba itu menolong saudaranya. Sesiapa yang melalui satu jalan untuk mencari ilmu, Allah akan memudahkan baginya satu jalan ke syurga. Sesuatu kaum (kelompok manusia) tidaklah berkumpul di satu rumah (masjid) daripada rumah-rumah Allah, sambil membaca Al-Quran, saling memperbetulkan bacaan dan memahami kandungannya, kecuali as-Sakinah (satu makhluk Allah Ta’ala yang padanya terdapat rahmat dan ketenangan, serta ditemani oleh para malaikat) akan turun kepada mereka dan mereka diselubungi oleh rahmat. Mereka juga dilinkungi oleh para malaikat, serta disebut dan dipuji oleh Allah di kalanagan (para malaikat) yang ada di sisi-Nya. Sesiapa yang diperlahankan oleh amalannya (kerana amalannya sedikit), dia tidak akan dipercepatkan oleh keturunannya (keturunannya tidak akan mengangkat darjatnya)."(Hadis Riwayat Muslim)   

Jadi bagaimana hendak mencapai ketenangan? tenangkan orang lain.

Reference
1. Born to be good, Dacher Keltner
3. Wikipedia